Aku gerak ke bilik komputer depan library just untuk tengok laman web student portal UiTM ada tak kerja tutorial untuk dibuat.
Lepas tu aku nak cucuk pendrive dan tengok kerja yang aku save dalam pendrive tu.
Tapi, bila aku check dalam dompet aku (tempat aku letak pendrive)....
"Eh? Mana pendrive aku nih?".
Aku try ingat balik..
Ah sudah. Aku tepuk dahi.
Kelas pada sebelah paginya adalah kelas Computing di mana aku belajar programming dekat dalam makmal komputer. Dan aku teringat aku copy code program aku dan aku lupa nak cabut balik pendrive tersebut.
Lalu aku pun, terus ke bangunan makmal komputer untuk amik balik pendrive tuh.
Sampai je dekat bangunan tu, aku terus tekan butang lif dekat tingkat bawah. Makmal aku terletak dekat tingkat 6.
Aku tunggu dan tunggu, tiba-tiba datang ramai-ramai awek yang cun dan lawa tunggu lif sekali. Then, lif pertama sampai, semua awek tadi laju je masuk dalam lif.
Dalam hati aku kata, "Celaka. Aku sampai dulu korang yang masuk dulu".
Then time gadis-gadis cun yang kebanyakannya tak bertudung itu masuk masuk, datang juga sekumpulan lelaki lembut ke lif. Dan diorang tanpa segan silu pun berebut masuk dalam lif.
Dalam hati aku kata, "Ah. Lembut guys. Okay. Celaka. Lif memang penuh la jawabnya".
Then, apabila semua dah berjaya masuk dalam lif, orang-orang dalam lif pandang aku dekat luar yang pasrah nak tunggu lif lain je.
"Hey. Boleh masuk lagi laa". Salah seorang lelaki lembut yang berambut blonde berkata dengan nada lembut dekat aku lalu menghimpit kawan-kawan lain dalam lif dan sediakan satu ruang kecik untuk aku masuk.
Since badan aku kurus, aku terus masuk. "Terima kasih", aku cakap ringkas.
Then time aku nak tekan tingkat 6, aku tengok, bahagian tingkat 2 pun ditekan. Tingkat ground level dia taruk nombor 1. Tingkat 2 maknanya hanya naik tangga sekali dah sampai.
Dalam hati aku kata, "Celaka. Satu tingkat je pun nak naik lif? Buat penuh lif je".
Bila aku ingat balik, tingkat 2 cuma ada surau untuk kaum Hawa solat. Ah. Budak-budak perempuan punya kerja la nih.
Sampai je di tingkat ke-2, perempuan-perempuan yang dihimpit di dalam lif semua nak menyemak keluar.
"Tumpang lalu!", perempuan-perempuan cun tu berkata.
"Hish. Engkau ni, satu tingkat je pun nak naik lif? Korang nak buat apa pergi tingkat 2?", mamat lembut berambut blonde tu bersuara dengan nada lembut. Sila gambarkan sendiri bagaimana nadanya. Oh. Mereka semua rupanya rakan sekelas.
"Nak solat laaa", seorang perempuan yang tak bertudung tu jawab.
"Solat? You guys solat? Alhamdulillah... Bagus la solat...", laki Melayu lembut berambut blonde tu jawab.
"Solat jugak kan diorang?", seorang kawan lembut dia bersuara.
"Ingatkan tak solat!", lelaki blonde tu jawab dengan gedik.
"Hoi. Jaga mulut tu sikit okay?", perempuan cun tak bertudung tu bersuara lalu keluar dari lif.
"Nak solat tu, pakai la tudung duluu~!", mamat blonde bersuara.
Then lif tertutup dan terus menuju ke atas.
Aku cuma tersenyum sinis.
"Apa la they all tuh. Tudung tak pakai. Tapi sibuk nak solat ha", lelaki lembut berambut blonde bersuara.
Then golongan lelaki lembut berborak sesama diorang. Aku lupa apa yang diorang bualkan. For sure, mengutuk kaum-kaum Hawa yang tak bertudung di dalam lif tadi.
Sampai tingkat 5, semua lelaki lembut keluar lif. Dan diorang teruskan perbualan diorang.
Dan aku terus ke tingkat 6 dan masuk makmal komputer dan amik pendrive aku.
Moral of the stories:
1. Aku rasa kagum dengan lelaki lembut sebab diorang boleh sound budak perempuan tak pakai tudung dengan senang ja.
2. Perempuan sepatutnya tahu. Korang kalau tak pakai tudung, maybe solat korang tak diterima. Rasanya memang tak diterima pun. Aku tak sure. Tapi hal camnih, biarlah makhluk-makhluk kerajaan langit yang tentukan sama ada amalan korang diterima ke tak. Sesiapa tahu mengenai hal ini, sila share di ruang komen.
3. Mat lembut sound perempuan perempuan yang tak bertudung. Tapi dia pun blonde-kan rambut. Kawan dia pun warna merah rambut dia. Bukan tak boleh nak colour rambut. Tapi kalau tiba-tiba keluar air mani, memang kena botak la jawabnya baru boleh mandi wajib. Air tak sampai ke kulit dan rambut pun. Kena botak lah. Then kalau sepenuhnya ber-colour, aku rasa wuduk tak sempurna. Tak sure jugak. Sesiapa yang tahu, sila share di ruang komen.
Lebih kurang camnih ah rambut mamat blonde tuh. Cuma muka dia nampak macam pakai mekap sikit.
4. Hormat le orang lain yang dah tunggu lif awal-awal. Main redah masuk je. Tak beradab sungguh. Harap muka je cun. Jadi, korang jangan fikir perempuan cun baik-baik belaka.
5. Jangan tertinggal barang dekat makmal lagi. Karang melecehkan.
6. Kepada budak asasi, jadi lah rajin macam aku. Myeheheh. Break 2 jam diisi dengan membuat assignment dan tutorial. Bukan balik bilik tidur.


Erk. aku tak tahu pun pasal tak pakai tudung,solat tak diterima. Even dekat Alexandria ni ramai je tak pakai tudung, plus, kau bayangkan kalau diaorg nak sembahyang, selendang dlm beg tu diaorg lilit sampai nampak muka je, tanpa pakai kain sembahyang ke apa, with seluar jean +blous ketat dan stokin tu, diaorg sembahyang. One thing yg aku respect dkt orang mesir, solat dijaga no matter how busy you are :) Depan kedai pun boleh jadi tmpt solat. Tepi jalan train pun boleh. Even jalan raya kot. Masuk waktu je, kedai semua tutup, bukan setakat tepi jalan, shop semua dalam shopping mall pun tutup.
ReplyDeleteActually time solat memang perempuan kena tutup semua aurat. Sebab tu telekung tu dibuat. Kalau solat pakai baju kurung je pun dah boleh. Tapi kalau solat pakai jeans ketat or baju fitting, kan dah ada hukum mengatakan perempuan tak boleh balut aurat?
ReplyDeleteSoal solat diterima atau tak diterima, sebenarnya itu urusan Allah dengan malaikat.
Aku dulu dengar ustaz ke kawan aku berceramah/bertazkirah mengatakan kalau aurat tak ditutup, solat tak diterima. Aku dengar pun, macam ragu-ragu. Lain negara lain mazhab aku rasa.
Sebab tu aku tulis benda nih. Maybe ada orang yang berilmu mampu sampaikan apa hukum sebenar dia. Aku bukannya berpendidikan agama sangat nak buat hukum suka hati.
oh yes! kau cakap pasal mazhab, baru aku teringat. Mazhab diaorg lain daripada kita :) hehe.
ReplyDeleteHo yeah.
ReplyDelete