Lagi-lagi part nak membahasakan diri kita.
Sebagai contoh, korang sekarang berumur 19 tahun (Umur aku time aku tulis entry nih). Then korang masuk universiti.
Universiti dengan sekolah sangat lain ya kanak-kanak sekalian.
Dekat universiti, ada banyak lapisan umur.
Gambar siapa tah aku petik dekat Google nih.
Budak diploma ada yang umur dia 20 an lebih. Ada yang umur dia 25 tahun. Ada yang baru lepasan SPM buat diploma.
Dan.. Ada jugak yang datang dari negeri-negeri yang far away. Siapa yang pernah boarding school jauh-jauh, especially budak-budak MRSM, mungkin depa dah biasa.
Jadi, bila time sekolah dulu, kalau nak bahasakan diri, sempoi ja 'aku kau'. Kalau dekat Selangor memang 'aku kau' ah. Dekat utara pulak 'cheq hang' tak pun 'aku hang'. Kelantan pun lain. Perak pun lain. Nogoi pun lain. Selangor, KL, dengan Johor ja yang paling senang bagi sebab masing-masing guna 'aku kau'.
Tu baru bab negeri. Kalau bab umur?
Time aku ambik lesen, yang mengajar aku tu, si Faiz tu. Umur dia 30-an. Aku mula-mula biasa guna 'saya' nak bahasakan diri. Dia pulak orang Penang. Pekat loghat Penang dia. Dia bahasakan diri 'aku hang' jak. Lama-lama, aku pun guna 'aku hang' dengan dia. =__=
Then, haritu aku buat experiment Fizik, mamat penolong makmal tu, aku rasa umur dia akhir 20-an. Aku punya apparatus ada something wrong. Jadi mamat tu datang la tolong. Tapi dia tu jenis yang macam kasar sikit. Aku seperti biasa, sebagai tanda hormat, guna la 'saya' dan panggil dia 'abang'. Tapi orang lelaki dewasa memang tak berapa gemar dipanggil 'abang' oleh budak yang umur beza tak sampai 10 tahun dengan dia. Even aku pun tak suka. Dia guna 'aku kau' je dengan aku. Even sempat jugak melawak dengan dia. Tapi, yet, guna 'aku kau', aku rasa macam agak kasar.
Jadi, aku fikir, susah betul la Bahasa Melayu nih. -____-
Apa yang susah? Kalau aku compare-kan dengan bahasa penjajah yakni Bahasa Inggeris, lagi senang.
Sebab diorang tak ada panggil orang lagi tua 'abang'. Tak ada diorang panggil orang lagi muda 'adik'. Simply, just, 'I, you, me'. Pergh. Very easy you know.
Let me give you some examples.
Korang tengok filem atau drama omputih. Tengok anak-anak diorang berkomunikasi dengan parent diorang.
Kalau dalam BM:
"Ibu. Angah nak keluar esok boleh tak? Kawan angah ajak tengok wayang. Angah lama tak keluar. Hee.. Jadi, nak duit sikit?".
Dalam English:
Diorang tak cakap macam ni:
"Mom, can Angah go out tomorrow? Angah's friends are inviting Angah to join them watching movies. It's been a while Angah didn't go out. Hee. Soo, can you lend me some bucks?".
Instead, they talk like this:
"Mom, can I go out tomorrow? My friends invite me to join them watching movie. It's been a while I didn't go out. Hee.. So, lend me some bucks?".
Tapi kalau kita direct translate English atas ni kepada BM:
"Ibu, boleh aku keluar esok? Kawanku ajak tengok wayang. Bla bla bla".
=_=
Okay.
Same goes kalau kerja sebagai cashier or promoter dekat Parkson nun ha.
Cashier, nak bahasakan pelanggan, sebagai tanda respect, mesti la panggil dia encik or abang or kakak, or cik or puan.
Tapi kang tiba-tiba perempuan tu nampak macam tua sikit, tengok-tengok andarlusia yang tengah sedih tak ada orang nak kahwin kita terpanggil 'puan', pergh... Sesetengah orang sangat sensetif ya.
Kalau guna English, sangat senang.
Instead of:
"Ya akak/abang/cik/encik/adik/puan? Boleh saya bantu?".
Dalam english, tak banyak option nak bahasakan orang:
"Yes sir/miss/madam? May I assist you?".
Dulu aku dekat asrama, sentiasa rasa susah nak panggil senior aku. Lagi-lagi perempuan. Kalau lelaki senang. 'Aku kau' je. Settle. Ni senior perempuan. -____- Sebab perempuan memang makhluk yang sensetif. Melecehkan. Orang tak panggil kakak je dah cakap kitorang ni tak hormat. Padahal beza umur setahun je pung. Setahun tu.. Alah, beberapa bulan je dowh. Tak sampai setahun pun la beza! Kalau lahirnya Oktober 1992, dan aku pulak lahir Mac 1993. Beza umur 5 bulan je pung!
Perempuan memang suka dipanggil dengan panggilan yang mesra. Itu je yang aku boleh tafsirkan sekarang.
See..?
Jadi, aku merasakan, membahasakan diri dalam Bahasa Malaysia memang agak melecehkan. Benda ni remeh je. Tapi aku tetap nak mengutarakan. -__-
Konklusinya, mai cakap bahasa omputih pulak! Tak payah cakap Melayu!
Okay. Lawak bodoh.
Konklusinya, pandai-pandai la bahasakan diri tu. Orang tua janganlah cakap kasar sangat dengan anak muda. Kami tak biasa. -___- Orang muda pun, hormatilah yang tua.
Habis.




the truth is aku tak suka orang panggil aku akak dan aku tak biasa pn bahasakan diri aku akak / kakak / kak kecuali dgn relatives . malangnya dyrg yg panggil sbgi tanda hormat . maka terpaksalah aku terima je takkan tak kasi pulak en . haha .
ReplyDelete- Riri :)
Dulu aku dekat sekolah, junior panggil aku 'abang', aku serta merta,
ReplyDelete"Tak payah abang-abang sangat. Geli aku. Kau wat lek je. Beza umur bukan banyak pun. Tak payah ngade-ngade nak berabang-abang".
Sometimes, rasa mcm nk dihormati. thats y junior kena pnggil kak Irna. hee. tp rasa annoying bila abis sekolah. ada lg pggil kak. Im still young although my age is increasing. Its just a number. Pfff. Tp, tak pernah lgi dak2 y lagi muda. panggil Irna je. dilemma. maybe. hahah
ReplyDeleteTak semestinya nak dihormati perlu dipanggil kakak.
ReplyDeleteJadi, contoh kalau kawan kita lahir bulan 1, kita lahir bulan 12. Kita tetap panggil dengan nama yang senang. Adakah itu pun dikira kita tak hormat kawan kita?
Secara tak sedar, sebenarnya kita sentiasa respect the others. Respect bukan dengan nama panggilan. Tapi dengan cara layanan. Sesetengah orang memang kasar. Tapi tak bermakna dia tak respect.
Keep that in mind.