Aku pernah wrote the same thing sebelum nih. Tapi aku bet reader-reader baru aku especially budak-budak U aku takkan pernah nak jenguk singgah pun entry-entry yang lama. Penat je aku taip panjang-panjang. Siapa suruh aku taip panjang-panjang. Ye dak?
Anyways, back to our topic. Allah tak pandang kejayaan. Allah tak pandang natijah. Tapi Allah dok tengok usaha kita.
Ayat ni first time aku dengar dekat sekolah aku dulu. Bila aku berlagak dengan kawan aku dengan result periksa aku.
Aku tak ingat bagaimana peristiwa sebenar berlaku.
"Takutake, camne kau senang je ha jawab periksa? Markah kau tinggi-tinggi je semua".
"Aku pun, tak berapa sure la. Aku rasa kau kena faham je kut apa yang kau belajar. Bila faham, confirm boleh jawab. Aku sekadar fahamkan je dekat kelas. Then kerja-kerja sekolah aku buat. Buat la latihan sikit".
"Tapi kau, aku tengok dekat kelas, hari-hari tidur. Asyik kena marah dengan cikgu je. Kau ni kira macam genius jugak la".
"Hmm.. Ye la kut. Aku memang dari kecik camni ah. Study tak sangat pun. Tapi result boleh gempak. Mak aku cakap aku ni dikurniakan otak yang pandai. Sama maksud dengan nama aku la kut. Hahah! Kalau camtu, apa kata korang ikut aku tidur time kelas? Mesti boleh dapat markah tinggi macam aku. Alah. Korang main toyol je la time exam. Apa susah? Macam tak biasa pulak".
"Toyol? Tapi Takutake, Allah tengok usaha kita. Bukan kejayaan kita".
Then aku pun macam sentap sikit.
Please take note: Aku tak amalkan toyol ye. Last time aku meniru time exam adalah waktu form 3. Aku bawak phone, mesej je kawan aku tanya jawapan. Baru style.
Curik dari laman web Aiman Azlan.
Jadi, back kepada topik kita. Aku actually dapat pengajaran jugak daripada kata-kata kawan aku tuh.
Then aku mula berfikir, mak aku pernah pesan dekat aku,
"Rezeki tu ada dekat mana-mana je Angah".
Then aku usha kawan sekelas aku yang sorang tu, Hakimi nama dia. Dia punya la baik. Memang budak baik la wa kata sama lu. Sopan. Tak mencarut. Solat penuh. Jadi imam surau lagi. Tapi aku kesian tengok dia, hari-hari dia belajar. Selalu nampak overnight dia study. Tapi, bila exam, result dia teruk. Teruk ya amat. Aku tak tahu mana silapnya.
Then aku usha pengerusi surau sekolah aku dulu, dia pun sama jugak. Memang baik budaknya. Tak nampak mana cacat celanya. Membuat keputusan pun, agak matang. Aku memang respect la sama dia. Tapi, bab-bab study, dia memang fail. Hancur. Tak pandai.
Then aku cuba relatekan pesan mak aku.
Oh. Diorang ni, maybe rezeki diorang bukan pada study. Bukan pada Kimia mahupun Fizik atau Addmath. Maybe diorang patut bekerja sebagai imam surau or penceramah.
And then, kawan yang bertanya dan menasihati aku yang mula-mula pun, time trial SPM, target straight 10A. Semangat gila study siang malam. Tapi setakat dapat 7A je. Sedih dan hampa aku tengok.
Tapi dia tak putus asa. Dia study lagi. Alhamdulillah la, SPM dia dapat 9A.
See my point?
Kalau kau nak berjaya, kau just kena ada effort. Kau kena ada usaha.
Kau perasan tak ada ramai graduan universiti, tapi diorang masih tak dapat kerja. Or maybe kerja yang diorang lakukan langsung tak ada kaitan dengan course yang diorang amik time dekat universiti tuh?
Aku expect, benda cenggitu terjadi sebab tak ada berkat.
Berkat. The most important thing for Muslim.
Setakat ni, aku usha-usha student Melayu, apa yang diorang lakukan? Kerja assignment tiru-meniru. Kerja sekolah tiru-meniru. Kerja tutorial tiru meniru. Kelas ikut mood nak datang ke taknak datang. Attendance kelas suruh member-member tandakan.
Benda ni memang normal pada pandangan budak muda. Tak berjiwa muda dan nakal la kalau nak study je memanjang. Orang noob je study-study nih. Muda hanya sekali. Kita enjoy~
Enjoy wak lu.
As the title of this entry, Allah tak pandang kejayaan kau. Allah usha usaha kau.
Kau berusaha la meniru segala kerja-kerja assignment rakan-rakan kau. Kau berusaha la tipu lecturer kau tentang assignment yang kononnya hasil kerja individu (walaupun semua lecturer tahu student memang kerja dia meniru sahaja). Teruskan berusaha dalam mencarik jalan untuk lepaskan diri dari kesusahan dengan perbanyakkan menipu.. Aku yakin Allah pun berusaha nak tipu kau balik.
Allah tipu kau kasi kejayaan awal-awal. Tapi ending dia kau gain nothing.
Macam orang bisnes MLM tuh. Cerita kepuk-kepuk. Tunjuk la duit banyak dekat gambar. Tunjuk gambar kereta Merc 2nd hand banyak-banyak. Tapi hakikatnya, dusta sahaja.
Gambar curik dari Soutul Mujahid
Cuba usha balik. Banyak mana usaha kau untuk cakap kejayaan tuh? Banyak mana?
Kepuk-kepuk azam tahun baru nak dapatkan flying colors in examination. Tapi usaha, takdak. Hak tuih.
Banyak mana kau usaha, banyak tu je la yang kau dapat weh. Serius.
Well, bagi sesetengah orang, rezeki dia bukan dekat pelajaran. Dia belajar kuat macam mana pun, dia susah nak faham konsep-konsep Fizik dengan Matematik. Mungkin rezeki dia bukan dekat aliran Sains. Mungkin rezeki dia dekat bisnes. Kot-kot pandai masak nasik lemak sedap-sedap ke. Then jual, dapat sambutan hangat, terus jadi syarikat catering nasik lemak ka. Siapa tahu?
Jadi, kalau korang semua study gila-gila, tapi masih noob, tak dapat flying color, toksah sedih-sedih. Senang je aku cerita. Kau buat la benda yang kau minat. Fotografi? Boleh jadi fotografer pa. Haritu abang aku kahwin, dia upah fotografer 500 hengget kut. Boleh buat duit jugak ma. Hari-hari kau praktis la tangkap gambar.
Praktis = usaha.
Study = usaha.
Yang penting, effort.
Tapi... Bak kata Dr Mahathir. Melayu = Pemalas.
No wonder. Memang pemalas pun. Usaha sikit tapi nak result lebih-lebih. Tah hape-hape tah.
Bagi aku, Melayu bukan setakat malas. Tapi tak ada vision.
Kalau kau tanya orang Melayu,
"Cita-cita nak jadi apa?".
Kau akan dapat jawapan,
"Entah laah.."
Kebiasaannya laaaah.
Yang continue belajar tu pun, bukan tentu dia tahu nak jadi apa. Just ikut flow kerajaan Malaysia suruh budak-budak pergi sekolah dan budak-budak masuk universiti.
See? Tak ada vision.
Jadi, fikir-fikir la sendiri banyak mana ja usaha korang selama nih. Okay. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.
Bye.




well done! ;)
ReplyDelete