Pages

Saturday, December 17, 2011

Sayur-sayuran.



"Erh. Apa ni bu? Taknak! Tak sedap!", aku cakap dekat mak aku.

"Lah? Tak sedap apa? Sedaplah! Cuba la makan dulu!", mak aku balas.

Aku cuma tengok je sayur yang dimasak mak aku tu dimasukkan ke dalam pinggan aku.

Aku sentuh sayur tuh. Tarik satu keping dengan pandangan yang tak suka.

"Angah. Jangan main dengan sayur tu. Makan je. Sedap taw", mak aku tegur aku.

Aku pun, fikir dua tiga kali, ah, bedal. Cuba je la telan. Apakah rasanya?

Dan... Aaaahh....

*Kunyah kunyah*.

Hmm. Boleh tahan. Tak ada la tak sedap pun.

Mak aku senyum je tengok aku.

"Ha. Macam tu la anak ibu", mak aku saja puji aku bagi aku suka.

Aku diam je. Dan teruskan makan.

"Angah makan sayur ni banyak-banyak. Nanti boleh jadi handsome taw! Bukan setakat handsome, tapi jadi pandai taw!", mak aku bodek aku.

--- xxxxxxxxxxxxx ---

Ini peristiwa yang berlaku ketika aku baru je reti makan dengan sendiri. Maknanya, time aku kecik-kecik dulu. Umur 4 tahun ke 5 tahun. Cenggitu la.

Dan korang tahu, aku percaya gila cakap mak aku.

"Makan sayur boleh jadi handsome. Nanti jadi pandai. Angah pandai nanti, angah banyak duit. Angah boleh beli je apa-apa dah besar nanti".

Itu la ayat mak aku setiap kali dia hidangkan sayur.

Dan aku tak merungut langsung, aku makan je sayur tuh.

Dan sekarang, aku merasakan, makan nasik tanpa sayur, umpama kau makan burger tanpa daging dan sos.

Ya. BURGER TANPA DAGING DAN SOS.

Tapi ni ada jugak sos. =__=

Tapi, kebanyakan rakyat Malaysia, banyak golongan yang tak makan sayur. Atas faktor:
1. Tak sedap.
2. Tak rangup.
3. Tak yummy.
4. Tak best.
5. Tak berfaedah.

Dan apa yang aku nak kata, semua faktor tu adalah salah. 100% salah. Ada je sayur yang rangup. Macam kacang botol or petai or maybe kacang panjang?

Tak berfaedah?

Aku tak pernah dengar lagi saintis kata sayur-sayuran tak bagus untuk kesihatan.

Cuma, apa yang aku tahu, tauge, kajian mengatakan taugeh tak ada sebarang khasiat. Tauge cuma mengandungi air.

While other sayur contains carbohydrate, vitamins, etc.

Ini taugeh. Orang tak makan sayur mesti tak tahu tauge tu apa. Aku bagi kau gambar nah.

Tapi, selepas aku Google, aku baca, taugeh, menguatkan sperma lelaki? =_= Sila Google sendiri.

Aku cuma  nak tanya, kenapa? Kenapa korang taknak makan sayur?!

Credits to memegenerator.

Maka, di sini, aku nak menasihatkan kepada para ibu dan para bapa, korang, didik la anak korang makan sayur. Tak apa. Tipu la diorang kata makan sayur boleh jadi kuat. Macam Popye. Tapi zaman akan datang Popye akan pupus. Korang kata la boleh jadi kuat macam Naruto, atau Goku dalam cerita Dragon Ball.

Makanlah sayur. Bagus untuk kesihatan. Bagus untuk otak. Bagus untuk mata. Bagus untuk kulit.

Basic sayur yang aku tahu bagus untuk mata: Carrot.

Basic sayur yang aku tahu bagus untuk kulit: Bawang, Timun, Tomato.

Sayur tak sedap? Itu soal perasaan korang je. Try makan dulu. Sayur sedap. Tak percaya sudah. Aku tak tipu.

Lastly,


Sorry. Aku agak tak suka dengan golongan yang mengetepikan sayur ketika makan. Unless bila korang makan sayur, korang termuntah balik. Lagi elok tak makan daripada korang muntahkan balik. =__=

0 commento:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...