Sekarang ni aku dapat tahu bahawa aku mempunyai beberapa silent readers terutamanya dari kelas aku. Tak habis-habis panggil aku takutake sekarang. Entah macam mana aku punya blog boleh tersebar pun aku tak tahu.
So, mari kembali kepada tajuk utama saya kali ini.
Perempuan dan Pelajaran.
Aku tiba-tiba terlintas nak menulis tentang benda ni setelah lecturer lab session Computing aku hendak meneruskan pembelajaran beliau ke tahap PhD.
Okay.
Lecturer aku tu, dia muda lagi (walaupun muka nampak macam tua sikit). Tak kahwin pun lagi. Cantik? Hmm.. Boleh laa..
Disebabkan beliau hendak meneruskan pelajaran beliau ke United Kingdom, maka aku terus berfikir.
Perempuan, belajar tinggi-tinggi, kang susah la nak kahwin der.
Hahah.
Okay. Tak apa. Aku explain mai mengikut pandangan aku. Tak ada sebarang hadith ya di sini. Semuanya mengikut kepala otak anak Melayu yang tak berapa matang nih.
Perempuan, bila berpelajaran tinggi, memang ada benefitnya. Tapi tak kurang jugak dengan kekurangannya. Tapi aku lebih melihat ke arah kekurangannya.
Antara kelebihan perempuan untuk ber-educated tinggi:
1. Hidup senang
Yah. Bila education tinggi, kerja pun tinggi, gaji pun tinggi. Then hidup pun lagi easy. Kau nak beli itu, dapat. Nak beli ini, ada je. Poket berkepuk je dengan duit. Best la kan?
2. Boleh bantu keluarga
Dah hidup senang, senang la kau nak bantu adik beradik kau yang lain. Boleh la jugak kau support mak bapak kau yang penat membesarkan kau dari kecik tuh. Ingat modal nak membesarkan manusia ni kecik ke? Banyak ma duit nak kena guna. Pi la kira pakaian korang dari kecik sampai besar. Makanan korang dari kecik sampai besar. Barang-barang sekolah korang. Barang-barang asrama. Semua pakai duit mak bapak kau kan? Ha. Dah educated tinggi ni je la waktunya untuk membayar balik semua hutang-hutang tersebut.
3. Chances untuk mendapat suami yang kaya tu tinggi lagi
Dalam Al-Quran dah dok cerita dah. Lelaki baik untuk perempuan yang baik. Lelaki jahat untuk perempuan yang jahat. Begitu jugak la dengan sebaliknya. Maknanya, chances untuk perempuan yang berpendidikan ni untuk dapat lelaki yang kaya tu, lagi besar. Well, biasalah. Dah kaya, bergaul dengan orang kaya je. Orang miskin ni, kurang sikit. Biasanya cenggitu. Then, mesti la jatuh hati dekat lelaki yang kaya juga.
Bill Gates (Gambar tak ada kena mengena langsung)
4. Korang semua boleh la fikir sendiri
Malas nak fikir dah sebenarnya.
Then, ini la kekurangannya:
1. Chances untuk menjadi andarlusia tinggi
Certain manusia masih tak tahu apa itu andarlusia. Andarlusia adalah anak dara lanjut usia. Which means, anak dara yang dah tua tapi tak kahwin-kahwin lagi. Dara masih terjaga rapi. Yummy yummy.
Mengapa aku kata chance tu tinggi? Well, cuba korang fikir balik. Lelaki Melayu, berapa ramai je yang kaya raya? Berapa ramai yang berjaya? Berapa ramai yang educated tinggi? Lelaki kebanyakannya malas belajar la. Aku berani bet lelaki Melayu yang education tinggi, hanya 20% daripada kesemua lelaki Melayu yang ada dekat dunia nih.
Dan disebabkan lelaki ini merupakan golongan yang malas, maka, biasanya, mereka akan kerja dengan sijil diploma atau degree sahaja. Nak bukti yang menunjukkan lelaki ni malas belajar dan tak bereducated tinggi? Kau tengok la pensyarah. Berapa ramai je lelaki? Tahukah korang nak jadi pensyarah, at least kena ada sijil Master atau dalam bahasa Melayunya, kena ada sijil Sarjana?
Maka, biasanya akan berlaku double standard.
Aku, sebagai pihak lelaki yang malas nak belajar, bila tengok perempuan yang educated tinggi, nama dia pun ada title 'Dr', 5 ke 6 kali jugak aku fikir, "Nak tackle ke tak? Nak tackle ke tak? Kand standard dia tinggi betui. Nak makan restoran mahal je. Nak baju mahal-mahal je. Kopak duit aku ni woi".
Aku tahu tak semua perempuan pun cenggitu. Ada je yang suka makan mamak. Makan kedai makan biasa-biasa. Tapi bilangannya terlalu sikit.
Perempuan, kalau dah educated tinggi, dah kerja pun tinggi, gaji pun tinggi, selera mesti tinggi jugak. Nak yang mahal-mahal je. Barang murah apa kelas?
Tak ke kopak laki? Tak ke takut laki nak tackle?
2 Senang boros
Aku found out that perempuan memang sangat suka membazirkan duit. Yah. Benda tu nampak best sikit, beli. Ni best sikit, beli. Aku rasa itu satu pembaziran. Sedangkan benda-benda yang dibelinya, macam, tak lah bagus sangat. Contoh paling senang aku boleh kata, barang make up. Please girls. Make up memang boleh buat perempuan nampak cantik. Tengok sahaja Taylor Swift.
3. Senang dipergunakan
Dah chances untuk menjadi andarlusia tinggi, maka harapan untuk mendapatkan pakwe secepat mungkin pun tinggi. Jadi, akan cepat percaya dengan kata-kata manis lelaki. Bila dah suka, bagi apa je dekat laki. Perempuan ni, kengkadang education tinggi. Tapi skill menilai baik buruk orang tu, lemah sungguh! Betul. Aku nampak dengan mata aku sendiri.
Jadi, kengkadang senang la laki (mahupun kawan perempuan) nak kokak duit golongan education tinggi nih. Member lama yang tak berapa rapat dulu pun sibuk mendekatkan diri. Dah rapat, mintak belanja itu ini. Muka tembok gila.
4. Korang fikir sendiri
Aku pun kering idea dah nih.
Actually.............
Aku suka la dekat lecturer aku tuh. Dia baik. :(((
Miss. Kenapa nak sambung belajar? Teruskan la mengajar kami. Miss ajar, senang je saya faham. Miss dah belajar dekat Manchester time buat Master dulu sudah laaa. Buat apa nak pi UK lagi.. T_T Mentang-mentang dapat tajaan MARA..
Miss. Saya akan rindu miss. Wuuh.. Jaga diri elok-elok..
She's really inspired me. Thanks Miss.


erk. pmpn tu educated ke tak, ada title ke tak, bukan dia cop dekat dahi pun. =_=''
ReplyDeleteMemang la tak. Tapi, kau dapat tak mesej aku dekat sini? Grr.
ReplyDeleteEducated girls, susah sikit nak kahwin. Tu realiti zaman sekarang. Aku survey kawan-kawan aku pun, semua cakap macam tu.
Laki zaman sekarang ni, cekadak dia banyak jugak. Bukan perempuan jak. Laki yang suka kupas duit bini je la tackle perempuan kaya ui. Laki Melayu yang baik, susah.. Susah susah....
Plus, aku cuma sayangkan lecturer aku jak. T_T